Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum W.B.T
Pertama kali ingin menulis di dalam bog ni, terasa macam
banyak pula yang ingin dikongsi. Insya Allah, perkongsian yang bermanfaat.
Minggu ni berada di Batu Pahat, Johor, mencari pengalaman
hidup sementara masih muda, insya Allah, mampu dijadikan pengajaran. Pengajaran
pertama yang ana belajar adalah hidup manusia ini akan ada ujian yang sentiasa
menantinya. Selepas satu ujian, akan datang satu lagi ujian. Selepas selesai
pula ujian itu, akan datang lagi ujian.
Orang kata, kalau hidup tak ada turun dan naiknya, maka
manusia itu sebenarnya sudah mati.
 |
Tengok gambar di atas ni, ada atas dan bawah, dan jika
ianya lurus maka, manusia itu sebenarnya sudah mati
Tidak akan ada manusia yang tidak diuji.
Kita selalu menyangka bahawa ujian itu adalah apabila
kita menghadapi sesuatu yang susah dan payah sahaja, tetapi teori itu sebenarna
salah. Kesenangan itu juga adalah ujian. Mendapat Band 6 dalam MUET itu ujian,
dapat 4 flat setiap sem, itu juga adalah ujian, dapat keputusan yang baik dalam
peperiksaan adalah ujian. Ujian yang melibatkan tentang riak dan ujub tentang
sesuatu.
Allah menguji kembali kenapa kita buat semua itu, adakah
kerana semata-mata ingin mendapat keputusan yang bagus atau kerana inginkan
keredhaanNya. Ingin menunjuk dengan teman-teman atau kerana inginkan cintaNya
dan banyak lagi. Oleh sebab itu, jangan sesekali kita mengecilkan skop ujian.
Ujian itu bukan sekadar kematian keluarga, dapat keputusan yang teruk untuk
peperiksaan, tidak dapat apa yang kita mahu tetapi ujian itu juga adalah vice
versa.
Semoga berjaya, semoga Allah sentiasa redha, semoga kita
sentiasa di bawah lembahyung rahmatNya.
#SentiasaIstiqamahDalamBeribadat
#NH
|
No comments:
Post a Comment