First post ~


Assalamualaikum and May peace be upon you J

          Rasanya sudah lama blog ini terbiar kosong, tanpa bicara dan tanpa kata. Jadi bagi merasmikan blog ini marilah sama-sama kita membaca ummul Furqan, Al-Fatihah.

           Bukan masa jadi penghalang, mahupun tempat. Cuma terkadang terkelu butir bicara. Terkadang, hilang seketika itu lebih baik bagi membetulkan diri (Mungkin). Kerana jika dikatakan keadaan, ana sedang berada di dalam bas ketika menaip ini. Ya, bas KKKL menuju pulang ke Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Cuti sudah habis, semoga ada manfaat dan tarbiyyah dariNYA. InsyaALLAH. Semoga ALLAH bersama kita walaupun dimana kita berada.
Kepada yang tidak mengenali diri ana, Salam Ukhwah Fillah. Semoga ALLAH memberkati perkenalan kita dan niatkanlah diri “Bersahabat kerana ALLAH”

         Tidak mahu memanjangkan kata, blog terbaru ini mungkin lebih kepada islamik selangkah bersama dengan perubahan ana yang sekarang sudah berpurdah #Alhamdulillah. Semoga ALLAH memberkati dan menerima perjuangan ana. Semoga ALLAH membuka pintu hati kalian untuk bersama-sama berubah kearah yang lebih baik. Ini adalah kerana ALLAH telah berfirman atau dengan lebih ringkas telah berkata kepada kita :

“Wahai nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Surah Al-Ahzab, 33:59]

Semoga ada manfaatnya. Sesungguhnya hati-hati para manusia itu dipegang oleh ALLAH. Semoga ALLAH memberi hidayah dan semoga ALLAH tidak memosongkan hati kita setelah itu.

Sekian buat masa ini,
Salam Ukhwah daripada,

Nor Hafizah binti M Fadziruddin

No comments:

Post a Comment