Assalamualaikum
and May peace be upon you J
Rasanya sudah lama blog ini terbiar kosong, tanpa bicara
dan tanpa kata. Jadi bagi merasmikan blog ini marilah sama-sama kita membaca
ummul Furqan, Al-Fatihah.
Bukan masa jadi penghalang, mahupun tempat. Cuma terkadang
terkelu butir bicara. Terkadang, hilang seketika itu lebih baik bagi
membetulkan diri (Mungkin). Kerana jika dikatakan keadaan, ana sedang berada di
dalam bas ketika menaip ini. Ya, bas KKKL menuju pulang ke Universiti Tun
Hussein Onn, Malaysia. Cuti sudah habis, semoga ada manfaat dan tarbiyyah
dariNYA. InsyaALLAH. Semoga ALLAH bersama kita walaupun dimana kita berada.
Kepada yang tidak mengenali diri ana, Salam Ukhwah
Fillah. Semoga ALLAH memberkati perkenalan kita dan niatkanlah diri “Bersahabat
kerana ALLAH”
Tidak mahu memanjangkan kata, blog terbaru ini mungkin
lebih kepada islamik selangkah bersama dengan perubahan ana yang sekarang sudah
berpurdah #Alhamdulillah. Semoga ALLAH memberkati dan menerima perjuangan ana.
Semoga ALLAH membuka pintu hati kalian untuk bersama-sama berubah kearah yang
lebih baik. Ini adalah kerana ALLAH telah berfirman atau dengan lebih ringkas telah
berkata kepada kita :
“Wahai nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu mereka lebih mudah untuk
dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” [Surah Al-Ahzab, 33:59]
Semoga ada manfaatnya. Sesungguhnya hati-hati para
manusia itu dipegang oleh ALLAH. Semoga ALLAH memberi hidayah dan semoga ALLAH
tidak memosongkan hati kita setelah itu.
Sekian buat masa ini,
Salam Ukhwah daripada,
Nor Hafizah binti M Fadziruddin